Tentang kami
"Barang siapa mengenal dirinya maka dia mengenal tuhannya"
Mempelajari ilmu asas tauhid dan marifat

Kebanyakkan kita dan juga manusia lain pada hari ini telah tersalah anggap tentang apa yang di katakan “Hidup” Kebanyakan nya menganggap bahawa “Hidup” itu hanyalah makan, bergerak, mencari kemewahan, bekerja dan lain lain lagi, mereka mengangap dan berkeyakinan bahawa jasad kasar (tubuh badan) mereka itu hidup dengan sendiri nya yang membolehkan mereka melakukan kerja kerja harian mereka itu, tapi malangnya mereka tidak pernah terfikir bahawa jasad (tubuh badan) mereka itu sebenar nya ialah benda mati yang tidak dapat hidup dan bergerak dengan sendiri nya tanpa ada sesuatu yang menghidupkan nya. Untuk di ketahui bahawa ada satu Tenaga Penghidup yang letaknya di dalam badan diri mereka sendiri (jasad), Pernah dengar Jiwa dan Raga?? Yang mana Jiwa dan yang mana pula Raga?? satu soalan yang harus di beri perhatiaan dan harus di kaji maana di sebalik kata kata tersebut.
Ketahuilah jasad kita ini sebenarnya adalah benda mati, yang mana tanpa yang hidup di dalam nya itu jasad kita ini sebenar nya tidak bermakna. Tetapi jasad atau tubuh badan ini lah yang dijaga dan diutamakan oleh kebanyakan orang di dunia ini. Sedangkan kita semua tahu bila mati kelak, jasad akan busuk dan di tanam atau di bakar. Ini menunjukkan mati ialah bila “hidup yang menghidupkan” jasad tadi meninggalkan jasad. Persoalan nya sekarang ialah dimanakah letaknya yang di panggil hidup dan menghidupkan itu?? Terdiri dari apa dia? berasal dari mana dia? yang penting sekali boleh kah ia nya dikenali?
Yang mana dengan adanya ia yang hidup itu lah jasad kita ini hidup, dan sebenarnya ia diam di dalam jasad kita sendiri, dan dia lah yang di panggil “DIRI” sebenar “DIRI” dan dia lah sebenarnya yang menghidupkan jasad kita ini. Tapi pernah kah kita terfikir tentang “DIRI” itu atau cuba mencari dan mengenal nya,
Tentu nya soal yang akan timbul ialah dari mana “DIRI” itu, dimana letaknya “DIRI” itu, terdiri dari apakah “DIRI” itu, dan kemanakah perginya “DIRI” itu apabila jasad mati atau dengan lain perkataan “DIRI” meninggalkan jasad??? dan yang penting sekali bolehkah kita mengenal “DIRI” sebenar “DIRI” kita itu.
BARANG SIAPA MENGENAL “DIRI” NESCAYA KENAL LAH IA AKAN TUHAN NYA
Benarkah bila kita mengenal “DIRI” maka kita akan mengenal Tuhan ??
ROH
Kita semua tahu dan percaya bahawa ujud nya roh! Tak ada sesiapa yang dapat menafikan kenyataan ini, Kerana semasa Tuhan bertanya kepada sekelian Roh ” siapa kah Tuhan kamu ” dengan sepontan sekelian Roh menjawab ” bahkan ” yang membawa makna mereka telah pun mengenal Tuhan yang esa.:
Kisah Roh memasukki jasad Adam
Setelah jasad Adam terbaring maka ALLAH telah memerintahkan Roh memasukki jasad Adam, tetapi sebelum itu Roh telah bertanya ” dimanakah harus aku masukki, ya ALLAH ” dan ALLAH pun menjawab ” masuk lah mana mana yang kamu senangi ” Maka masuk lah Roh melalui hidung dan dengan itu maka bernafaslah kita melalui hidung.
Ini menunjukkan bahawa sesudah Roh memasukki badan, maka barulah bermulanya kehidupan kepada jasad dan terbukti di sini bahawa Roh lah yang dikatakan penghidup kepada jasad, dan mati pada jasad ialah apabila Roh keluar apabila sampai ajal nya.
Jasad kasar kita ini terdiri dari 2 yaitu:
1. Dihidupkan
Apakah maksud dihidupkan dan bahagian mana? Yang dihidupkan ialah Jasad kasar kita ini, ia nya di hidupkan oleh “”Roh”” yang berada di dalam Jasad. “Roh” memasukki jasad semasa kita 100 hari dalam rahim ibu kita. “Aku tiupkan sebagian dari roh ku” kata firman Allah. Sejak itu lah kita hidup di dalam rahim ibu kita dan kemudian di lahirkan kedunia dan terus menjalankan kehidupan dari bayi hingga lah akhir hayat.
2. Menghidupkan
Yang menghidupkan ialah roh, yang datangnya (diciptakan) dari Allah, yang memasuki jasad dan terus hidup, tugas roh ialah menghidupkan jasad tetapi sayang nya jasad tidak langsung terfikir bahawa roh lah yang hidup sebenar benar hidup dan menghidupkan jasad yang bila mana roh meninggalkan nya maka matilah dia di panggil orang dan di tanam atau di bakar.
MATI IALAH APABILA ROH MENINGGALKAN JASAD
Nyata dan terbukti disini Roh lah yang utama, dan dengan itu boleh lah di ibaratkan Roh itu bagi Jasad ialah hidup yang dipakai dan mati yang di tumpang bagi Jasad.
Oleh itu adakah Roh ini harus di kenali??
Jawap nya tentu lah “YA” Tapi sebelum kita mengenal Roh, haruslah kita mengenal “DIRI” dahulu.
“BARANG SIAPA MENGENAL “DIRI” MAKA KENALAH IA AKAN TUHAN NYA”
APA KAH “DIRI” ITU”
Untuk pengetahuan semua bahawa “DIRI” itu sebenarnya mendatang kemudian setelah Roh memasukki jasad, bagaimana ini berlaku?
Roh hanyalah berupa cahaya dan bila ia masuk kedalam Jasad, maka cahaya Roh ini akan berkembang dan memancar keseluruh dan memenuhi ruang di dalam Jasad, ini lah yang mengujudkan atau telah menyebabkan ujudnya “Diri” yang berupa saperti jasad dan cahaya Roh ini memenuhi setiap ruang didalam Jasad .
Maka ujudlah “Diri” sebenar “Diri” dan “DIRI” ini lah yang harus di kenal. Dan “DIRI” ini ialah gambaran jasad dan ianya ghaib. Dan “Diri” ini lah yang harus dikenali.
BAGAIMANA MENGENAL “DIRI” SEBENAR “DIRI”
Ada berbagai cara dan kaedah digunakan untuk mengenal “DIRI” ini, bergantung kepada perguruan dan kaedah guru guru mengajar kepada murid murid nya. Semua perguruan ini adalah betul dan cara apa sekali pun di gunakan, tujuan nya satu ya itu untuk mengenal “DIRI” sebenar “DIRI” .
Untuk mengenal “DIRI” ini ada 3 cara:
1. Terbuka dengan sendirinya
2. Membuka nya dengan usha sendiri
3. Dibukakan oleh guru yang berpengalaman
Di buka maksudnya ialah membukakan jalan jalan pancaran cahaya “DIRI” itu hingga keluar dari jasad dan terpancarlah cahaya “DIRI” itu keluar dari jasad melalui jalan jalan nya dan dengan rasa yang bergetar getar pada jalan keluar nya, rasa ini dapat dirasakan dengan nyata oleh murid murid yang mempelajari ilmu ini. Dalam mengenal diri ini paling kurang pun murid murid nya akan dapat merasakan pancaran yang telah di lahirkan itu secara positif.
Ini lah rahsia hidup kita dan “DIRI” ini lah yang menghidupkan jasad selagi ada hayatnya di dunia ini, “DIRI” ini harus di kenal dan dirasai sepenuh nya oleh kita, kerana
ia mengandungi banyak rahsia dan serba guna, di dunia dan akhirat, Insyaallah.
Kenal kah “DIRI” tadi kepada Tuhan nya? Sudah tentu kerana dia datang dari sana, dari MAHA pencipta dan MAHA besar.
Banyak lag persoalan yang akan timbul apabila kita dapat mengenal “DIRI” kita yang sebenar benar “DIRI” ini, kita harus belajar dari “DIRI” ini:
Dia mengetahui kerana dia datang dari yang MAHA mengetahui
Dia bijak kerana datang dari yang MAHA bijaksana
Dia lah sebaik baik Guru
Kehidupan sebenar ialah di dalam, dan kehidupan dunia ini mendatang kemudian
Kesimpulan nya kenali lah “DIRI” kita ini yang dia lah sebenar benar “DIRI” dan kemukakan lah dia dalam segala urusan kita di dunia ini sementara menunggu hari yang kekal abadi, kerana dia kekal kerana di kekalkan.
Ilmu Mengenal “DIRI” ialah satu ilmu pengetahuan yang harus di ketahui oleh semua orang kerana tiap tiap maanusia membawanya di dalam jasad kasar mereka, harus kah
penghidup jasad kita ini kita biarkan begitu saja tanpa mengenali dan merasakan nya, hanya semasa maut hampir datang menjemput baru kita sedar yang dia akan meninggalkan kita?????