
Maksud Rahsia ialah tidak akan boleh diterangkan kepada orang lain, hanya boleh dialami dan dinikmati sendiri sahaja.
Kenapa boleh dinikmati sendiri sahaja tetapi tidak boleh diceritakan kepada orang lain
Orang yang boleh menikmati ialah orang-orang yang telah melakukan mengikut sepertimana yang telah dijanjikan oleh Allah, jadi mereka dapatlah mengikut sepertimana yang Allah telah janjikan tersebut.
Bagi sesiapa yang tidak melakukan mengikut sepertimana yang telah dijanjikan oleh Allah, mereka tidak akan mendapat mengikut sepertimana yang telah dijanjikan oleh Allah kerana mereka tidak melakukan sepertimana yang telah dijanjikan oleh Allah.
Keadaan yang dialami itu tidak akan boleh diceritakan… inilah yang dimaksudkan dengan RAHSIA YANG DIRAHSIAKAN
Hanya boleh dialami setelah seseorang itu melakukan sendiri mengikut sepertimana yang telah dijanjikan oleh Allah..
31.Surah Luqmān ayat 25
Dan sesungguhnya jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: “Siapakah yang menciptakan langit dan bumi?” Sudah tentu mereka akan menjawab: “Allah”.
Ucapkanlah (wahai Muhammad): “Alhamdulillah” (sebagai bersyukur disebabkan pengakuan mereka yang demikian – tidak mengingkari Allah), bahkan kebanyakan mereka tidak mengetahui (hakikat tauhid dan pengertian syirik).
31.Surah Luqmān ayat 26
Allah jua yang memiliki segala yang ada di langit dan di bumi; sesungguhnya Allah Dia lah jua yang Maha Kaya, lagi sentiasa Terpuji.
31.Surah Luqmān ayat 27
Dan sekiranya segala pohon yang ada di bumi menjadi pena, dan segala lautan (menjadi tinta), dengan dibantu kepadanya tujuh lautan lagi sesudah itu, nescaya tidak akan habis Kalimah-kalimah Allah itu ditulis.
Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
31.Surah Luqmān ayat 28
(Bagi Allah Yang Maha Kuasa) soal menciptakan kamu semua (dari tiada kepada ada), dan soal membangkitkan kamu hidup semula sesudah mati, tidak ada apa-apa sukarnya, hanyalah seperti (mencipta dan menghidupkan semula) seorang manusia sahaja. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Melihat.
Didalam surah dan ayat yang lain, Allah telah memperjelaskan jika air lautan dijadikan dakwat untuk menerangkan tentang kalimah tuhan iaitu (Allah), dan ditambah lagi dengan tujuh air lautan lagi, tetap tidak akan terterangkan …
18.Surah Al-Kahf ayat 109
Katakanlah (wahai Muhammad): “Kalaulah semua jenis lautan menjadi tinta untuk menulis Kalimah-kalimah Tuhanku, sudah tentu akan habis kering lautan itu sebelum habis Kalimah-kalimah Tuhanku, walaupun Kami tambahi lagi dengan lautan yang sebanding dengannya, sebagai bantuan”.
31.Surah Luqmān ayat 25
Dan sesungguhnya jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: “Siapakah yang menciptakan langit dan bumi?” Sudah tentu mereka akan menjawab: “Allah”.
Ucapkanlah (wahai Muhammad): “Alhamdulillah” (sebagai bersyukur disebabkan pengakuan mereka yang demikian – tidak mengingkari Allah), bahkan kebanyakan mereka tidak mengetahui (hakikat tauhid dan pengertian syirik).
31.Surah Luqmān ayat 26
Allah jua yang memiliki segala yang ada di langit dan di bumi; sesungguhnya Allah Dia lah jua yang Maha Kaya, lagi sentiasa Terpuji.
31.Surah Luqmān ayat 27
Dan sekiranya segala pohon yang ada di bumi menjadi pena, dan segala lautan (menjadi tinta), dengan dibantu kepadanya tujuh lautan lagi sesudah itu, nescaya tidak akan habis Kalimah-kalimah Allah itu ditulis.
Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
31.Surah Luqmān ayat 28
(Bagi Allah Yang Maha Kuasa) soal menciptakan kamu semua (dari tiada kepada ada), dan soal membangkitkan kamu hidup semula sesudah mati, tidak ada apa-apa sukarnya, hanyalah seperti (mencipta dan menghidupkan semula) seorang manusia sahaja. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Melihat.
NAMUN BEGITU ALLAH TELAH MENUNJUKKAN JALAN YANG PERLU DILAKUKAN OLEH ORANG YANG PERCAYA DAN BERHARAP AKAN PERTEMUAN DENGAN TUHANNYA IAITU ALLAH
18.Surah Al-Kahf ayat 110
Katakanlah (wahai Muhammad): “Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan Yang Satu;
OLEH ITU, SESIAPA YANG PERCAYA DAN BERHARAP AKAN PERTEMUAN DENGAN TUHANNYA, HENDAKLAH IA MENGERJAKAN AMAL YANG SOLEH DAN JANGANLAH IA MEMPERSEKUTUKAN SESIAPAPUN DIDALAM IBADATNYA KEPADA TUHANNYA..
Apa yang telah jelas dan nyata dari firman Allah yang diatas ialah Allah tidak boleh nak diterangkan dengan kata-kata dan apa cara sekalipun..
Sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan TuhanNya iaitu (Allah), Allah telah mengajar melalui firmanNya “HENDAKLAH IA MENGERJAKAN AMAL YANG SOLEH DAN JANGANLAH IA MEMPERSEKUTUKAN SESIAPAPUN DIDALAM IBADATNYA KEPADA TUHANNYA..
SESIAPA YANG PERCAYA DAN BERHARAP AKAN PERTEMUAN DENGAN TUHANNYA IAITU ALLAH
“MEREKA AKAN MENGERJAKAN AMAL YANG SOLEH DAN IA TIDAK AKAN MEMPERSEKUTUKAN SESIAPAPUN DIDALAM IBADATNYA KEPADA TUHANNYA..”
Apabila mereka mengerjakan amal yang soleh dan tidak mempersekutukan sesiapapun didalam ibadat kepada tuhannya iaitu Allah
Janji yang telah dijanjikan oleh Allah kepada
“ORANG YANG MENGERJAKAN AMAL YANG SOLEH DAN IA TIDAK AKAN MEMPERSEKUTUKAN SESIAPAPUN DIDALAM IBADATNYA KEPADA TUHANNYA”
Akan berlakulah pertemuan dengan tuhannya iaitu Allah
Kerana Allah tidak pernah mengubah janjiNya
30.Surah Ar-Rūm ayat 6
Demikian dijanjikan Allah. Allah tidak pernah mengubah janjiNya, akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).
10.Surah Yūnus ayat 44
Sesungguhnya Allah tidak menganiaya manusia sedikitpun, akan tetapi manusia jualah yang menganiaya diri mereka sendiri.
Berlakunya pertemuan dengan Allah ini hanya akan dialami oleh orang yang mengerjakan amal yang soleh dan tidak mempersekutukan sesiapapun didalam ibadat kepada tuhannya iaitu Allah
Keadaan ini tidak akan boleh nak diterangkan kepada orang lain. Inilah yang dimaksudkan dengan RAHSIA YANG DIRAHSIAKAN
Jika orang lain nak juga mengalami keadaan “PERTEMUAN DENGAN TUHANNYA IAITU ALLAH”
Ia sendiri mesti mengerjakan amal yang soleh dan tidak mempersekutukan sesiapapun didalam ibadat kepada tuhannya iaitu Allah
Hanya kepada orang yang
“MENGERJAKAN AMAL YANG SOLEH DAN IA TIDAK MEMPERSEKUTUKAN SESIAPAPUN DIDALAM IBADATNYA KEPADA TUHANNYA IAITU ALLAH..”
Sahaja yang akan berlaku “PERTEMUAN DENGAN TUHANNYA IAITU ALLAH”
Orang yang bercerita bermacam-macam tentang Allah tidak akan berlaku pertemuan dengan tuhannya iaitu Allah kerana mereka tidak mengerjakan amal yang soleh dan mereka telah mempersekutukan Allah dengan yang lain didalam ibadat kepada tuhannya iaitu Allah …
Kerana apa yang telah dijanjikan oleh Allah ialah
“OLEH ITU, SESIAPA YANG PERCAYA DAN BERHARAP AKAN PERTEMUAN DENGAN TUHANNYA, HENDAKLAH IA MENGERJAKAN AMAL YANG SOLEH DAN JANGANLAH IA MEMPERSEKUTUKAN SESIAPAPUN DIDALAM IBADATNYA KEPADA TUHANNYA..”
(Surah Al-Kahf ayat 110)
PERSOALAN YANG TELAH DIKEMUKAKAN OLEH ALLAH DIDALAM FIRMANNYA
2.Surah Al-Baqarah ayat 80
Dan mereka berkata: “Kami tidak sekali-kali akan disentuh oleh api neraka kecuali beberapa hari yang tertentu”. Katakanlah (wahai Muhammad):
“Adakah kamu sudah mendapat janji dari Allah supaya (dengan itu) Allah tidak akan menyalahi janjiNya, atau hanya kamu mengatakan atas nama Allah sesuatu yang tidak kamu mengetahuinya?”
SUDAHKAH SESEORANG ITU TELAH MELAKUKAN SEPERTIMANA YANG TELAH DIJANJIKAN OLEH ALLAH SUPAYA ALLAH MEMBERIKAN SEPERTIMANA YANG TELAH DIJANJIKAN TERSEBUT?…
Tidak mempersekutukan Allah dengan yang lain membawa maksud “BERSIH DARIPADA SEBARANH SYIRIK”
“Didalam surah dan ayat yang lain ada keterangan dari firman Allah yang memperjelaskan bahawa “YANG DIBERSIHKAN DARIPADA SEBARANG SYIRIK” ialah “SATU JALAN YANG LURUS”
Iblis berkata: ” Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya,
(15.Surah Al-Ĥijr ayat 39)
“Kecuali di antara zuriat-zuriat Adam itu hamba-hambaMu yang dibersihkan dari sebarang syirik”.
(15.Surah Al-Ĥijr ayat 40)
Allah berfirman: “Inilah satu jalan yang lurus, yang tetap Aku memeliharanya.
(15.Surah Al-Ĥijr ayat 41)
Didalam surah dan ayat yang lain ada juga penjelasan daripada firman Allah yang menerangkan tentang
HANYA KEPADA ALLAH JUALAH TERTENTUNYA URUSAN MEMBERI PANDUAN YANG MENERANGKAN JALAN YANG LURUS
Dan kepada Allah jualah tertentunya urusan memberi panduan yang menerangkan jalan yang lurus; dan di antara jalan-jalan yang dituju ada yang terpesong dari kebenaran; dan jika Ia kehendaki, tentulah Ia memberi petunjuk kepada kamu semua (yang menyampaikan ke jalan yang lurus itu).
(16.Surah An-Naĥl ayat 9)
JIKA ALLAH TIDAK PIMPIN, MANUSIA TIDAK MAMPU UNTUK MEMPEROLEHI PETUNJUK
Dan Kami cabutkan segala dendam dan hasad dengki dari hati mereka, (di dalam Syurga) yang mengalir beberapa sungai di bawah (tempat) masing-masing, dan mereka pula bersyukur dengan berkata: “Segala puji tertentu bagi Allah yang telah memberi hidayah petunjuk untuk (mendapat nikmat-nikmat) ini, padahal Kami tidak sekali-kali akan memperoleh petunjuk kalau Allah tidak memimpin kami (dengan taufiqNya); sesungguhnya telah datang Rasul-rasul Tuhan kami dengan membawa kebenaran”. Dan mereka diseru: “Itulah Syurga yang diberikan kamu mewarisinya dengan sebab apa yang kamu telah kerjakan”.
(7.Surah Al-‘Arāf ayat 43)
JIKA ALLAH TIDAK PIMPIN DAN BERIKAN PETUNJUK, MAKA AKAN MENJADILAH ORANG YANG SESAT Kemudian apabila dilihatnya bulan terbit (menyinarkan cahayanya), dia berkata: “Inikah Tuhanku?” Maka setelah bulan itu terbenam, berkatalah dia: “Demi sesungguhnya, jika aku tidak diberikan petunjuk oleh Tuhanku, nescaya menjadilah aku dari kaum yang sesat”. (6.Surah Al-‘Anām ayat 77)
Ada pula keterangan daripada firman Allah “TENTANG KEPADA SIAPA YANG ALLAH AKAN PIMPIN KE JALAN YANG LURUS” yang terkandung pada
Dan sesungguhnya kalau Kami wajibkan kepada mereka (dengan perintah):
“BUNUHLAH DIRI KAMU SENDIRI, ATAU KELUARLAH DARI TEMPAT KEDIAMAN KAMU”
NESCAYA MEREKA TIDAK AKAN MELAKUKANNYA, KECUALI SEDIKIT DARIPADA MEREKA
Dan sesungguhnya kalau mereka amalkan nasihat pengajaran yang telah diberikan kepada mereka, tentulah yang demikian itu lebih baik bagi mereka dan lebih meneguhkan (iman mereka).
(4.Surah An-Nisā’ ayat 66)
Dan (setelah mereka melakukan seperti yang dikehendaki oleh Allah), tentulah Kami akan berikan kepada mereka – dari sisi Kami – pahala balasan yang amat besar;
(4.Surah An-Nisā’ ayat 67)
DAN TENTULAH KAMI PIMPIN MEREKA KE JALAN YANG LURUS.
4.Surah An-Nisā’ ayat 68
Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka mereka akan (ditempatkan di syurga) bersama-sama orang-orang yang telah dikurniakan nikmat oleh Allah kepada mereka, iaitu Nabi-nabi, dan orang-orang Siddiqiin, dan orang-orang yang Syahid, serta orang-orang yang soleh. Dan amatlah eloknya mereka itu menjadi teman rakan (kepada orang-orang yang taat).
(4.Surah An-Nisā’ ayat 69)
Yang demikian itu adalah limpah kurnia dari Allah; dan cukuplah Allah Yang Maha Mengetahui (akan balasan pahalanya).
(4.Surah An-Nisā’ ayat 70)
JADI UNTUK DIIMPIN OLEH ALLAH KEJALAN YANG LURUS DENGAN MAKSUD UNTUK ALLAH KADIKAN SEBAGAI SEORANG YANG DIBERSIHKAN DARIPADA SEBARANG SYIRIK” hendaklah seseorang itu tahu, bolej menghuraikan apakah yang dimaksudkan dengan perintah Allah
“BUNUHLAH DIRI KAMU SENDIRI, ATAU KELUARLAH DARI TEMPAT KEDIAMAN KAMU”
(4.Surah An-Nisā’ ayat 66)
YANG PERLU DILAKUKAN MENGIKUT SEPERTIMANA YANG DIKEHENDAKI OLEH ALLAH
76.Surah Al-‘Insān ayat 29
Sesungguhnya (segala keterangan yang disebutkan) ini, menjadi peringatan; maka sesiapa yang mahukan (kebaikan dirinya) bolehlah ia mengambil jalan yang menyampaikan kepada keredaan Allah (dengan iman dan taat).
76.Surah Al-‘Insān ayat 30
Dan tiadalah kamu berkemahuan (melakukan sesuatu perkara) melainkan dengan cara yang dikehendaki Allah; sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana (mengaturkan sebarang perkara yang dikehendakiNya).
MAKSUDNYA APA YANG DILAKUKAN TERSEBUT TELAH DILAKUKAN MENGIKUT DARI FIRMAN ALLAH ATAU SABDA RASULULLAH SAW YANG MANA SATU…
Apa yang dimaksudkan dengan perintah Allah
“BUNUHLAH DIRI KAMU SENDIRI, ATAU KELUARLAH DARI TEMPAT KEDIAMAN KAMU”
(Surah An-Nisā’ ayat 66)
Disini ada dua perkara
Yang pertama “BUNUHLAH DIRI KAMU SENDIRI”
Apa yang dimaksudkan dengan perintah Allah “BUNUHLAH DIRI KAMU SENDIRI” ialah seseorang itu perlu melakukan perintah Allah yang terkandung didalam Al-Quran dan perintah Rasulullah saw yang apabila dilakukan perintah tersebut hikmah yang akan berlaku ialah akan hilang keberadaan, keakuan dan keupayaan diri sendiri.
Kedua “KELUARLAH DARI TEMPAT KEDIAMAN KAMU”
Apa yang dimaksudkan dengan perintah Allah “KELUARLAH DARI TEMPAT KEDIAMAN KAMU” ialah melakukan perintah yang telah diperintahkan oleh Allah yang terkandung didalam Al-Quran dan perintah yang telah diperintahkan oleh Rasulullah saw yang terkandung didalam sunnahnya yang apabila dilakukan perintah tersebut, hikmah yang akan berlaku ialah akan mengeluarkan seseorang yang melakukan perintah tersebut dari “KEGELAPAN SYIRIK KEPADA CAHAYA TAUHID”
Allah Pelindung (Yang mengawal dan menolong) orang-orang yang beriman. Ia mengeluarkan mereka dari kegelapan (syirik) kepada cahaya (tauhid). Dan orang-orang yang kafir, penolong-penolong mereka ialah Taghut yang mengeluarkan mereka dari cahaya (tauhid) kepada kegelapan (syirik). Mereka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.
(2.Surah Al-Baqarah ayat 257)
Dengan (Al-Quran) itu Allah menunjukkan jalan-jalan keselamatan serta kesejahteraan kepada sesiapa yang mengikut keredaanNya, dan (dengannya) Tuhan keluarkan mereka dari gelap-gelita (syirik) kepada cahaya (tauhid) yang terang-benderang, dengan izinNya; dan (dengannya juga) Tuhan menunjukkan mereka ke jalan yang lurus.
(5.Surah Al-Mā’idah ayat 16)
JADI SETIAP ORANG YANG INGIN MENUJU KEPADA JALAN YANG LURUS ATAU MENJADI SEORANG YANG DIBERSIHKAN DARIPADA SEBARANG SYIRIK MESTILAH MENGETAHUI APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN PERINTAH ALLAH
“BUNUHLAH DIRI KAMU SENDIRI, ATAU KELUARLAH DARI TEMPAT KEDIAMAN KAMU”
(Surah An-Nisā’ ayat 66)
Dan bagaimanakah yang perlu dilakukan perintah Allah yang tersebut mengikut sepertimana yang dikehendaki oleh Allah
76.Surah Al-‘Insān ayat 29
Sesungguhnya (segala keterangan yang disebutkan) ini, menjadi peringatan; maka sesiapa yang mahukan (kebaikan dirinya) bolehlah ia mengambil jalan yang menyampaikan kepada keredaan Allah (dengan iman dan taat).
76.Surah Al-‘Insān ayat 30
Dan tiadalah kamu berkemahuan (melakukan sesuatu perkara) melainkan dengan cara yang dikehendaki Allah; sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana (mengaturkan sebarang perkara yang dikehendakiNya).
MAKSUDNYA APA YANG DILAKUKAN TERSEBUT TELAH DILAKUKAN MENGIKUT DARI FIRMAN ALLAH YANG MANA SATU…
Salah satu daripada perintah Allah yang apabila dilakukan hikmahnya akan menghilangkan keberadaan, keakuan dan keupayaan diri sendiri ialah
Seperti yang terkandung didalam SURAH AL-MUZZAMMIL ayat 8
Dan sebutlah (dengan lidah dan hati) akan nama Tuhanmu (terus menerus siang dan malam), serta tumpukanlah kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan.
Dan sebutlah serta ingatlah akan Tuhanmu dalam hatimu, dengan merendah diri serta dengan perasaan takut (melanggar perintahnya), dan dengan tidak pula menyaringkan suara, pada waktu pagi dan petang dan janganlah engkau menjadi dari orang-orang yang lalai.
7.Surah Al-‘Arāf ayat 205 Ini adalah cara untuk menyebut nama Allah dengan lisan lidah dan secara tersembunyi didalam hati yang perlu dilakukan sehingga akan berlakunya penyaksian dan pengakuan kepada sifat ketuhanan Allah, penyaksian dan pengakuan kepada Allah seterusnya penyaksian dan pengakuan kepada Allah yang mengenal Allah Bagaimana hendak menyebut nama Allah dengan lisan lidah boleh dilakukan mengikut daripada firman Allah pada Surah Al-‘Isrā’ ayat 110.. Katakanlah (wahai Muhammad): “Serulah nama ” Allah” atau nama “Ar-Rahman”, yang mana sahaja kamu serukan (dari kedua-dua nama itu adalah baik belaka); kerana Allah mempunyai banyak nama-nama yang baik serta mulia”. Dan janganlah engkau nyaringkan bacaan doa atau sembahyangmu, juga janganlah engkau perlahankannya, dan gunakanlah sahaja satu cara yang sederhana antara itu. Untuk menyebut nama Allah secara tersembunyi didalam hati boleh dilaksanakan mengikut apa yang tersurat dan apa yang tersirat didalam sabda Rasulullah saw Saidina Ali Rodziallah hu’an hu Bertanya kepada Rasulullah bagaimana aku nak hampir dengan Allah ya Rasulullah. Rasulullah menjawab mari dekat dengan aku ya Ali hingga bertemu lutut. – Pejamkan mata mu, – Tongkat kan lidah mu ke langit2, – sebutlah nama Allah sebanyak2nya Sebelum daripada melakukan perintah Allah dan perintah Rasulullah saw seperti diatas terlebih dahulu Setiap seorang mesti tahu, boleh menghurai dan menerangkan bagaimana untuk melakukan perintah Allah dan perintah Rasulullah saw seperti diatas Sehingga akan berlakunya penyaksian dan pengakuan kepada sifat ketuhanan Allah, penyaksian dan pengakuan kepada Allah seterusnya penyaksian dan pengakuan kepada Allah yang mengenal Allah…. Setelah tahu, boleh menghurai dan menerangkan bagaimana cara untuk melakukan perintah Allah dan perintah Rasulullah seperti diatas mengikut sepertimana yang dikehendaki oleh Allah sehingga akan berlakunya penyaksian dan pengakuan kepada sifat ketuhanan Allah, penyaksian dan pengakuan kepada Allah seterusnya penyaksian dan pengakuan kepada Allah yang mengenal Allah…. Barulah dilakukan perintah Allah Dan sebutlah (dengan lidah dan hati) akan nama Tuhanmu (terus menerus siang dan malam), serta tumpukanlah kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan. Dengan cara tidak melakukan perkara-perkara yang apabila dilakukan akan menyebabkan berlakunya syirik yang nyata iaitu tidak melakukan ritual penyembahan kepada selain daripada Allah Tidak melakukan perkara-perkara yang apabila dilakukan akan menyebabkan berlakunya syirik yang tersembunyi iaitu tidak lagi memperkatakan dengan lisan lidah, memikirkan dengan fikiran dan tidak ada lagi yang terlintas didalam hati tentang perkara-perkara yang menunjukkan akan keberadaan, keakuan dan keupayaan diri sendiri Tidak melakukan perkara-perkara yang apabila dilakukan akan menyebabkan berlakunya syirik yang tersembunyi lagi tersembunyi iaitu tidak lagi memperkatakan dengan lisan lidah, memikirkan dengan fikiran dan tidak ada lagi yang terlintas didalam hati tentang keberadaan Allah diketika sedang dan masih merasakan keberadaan, keakuan dan keupayaan diri sendiri. Setelah tidak melakukan perkara-perkara yang apabila dilakukan akan menyebabkan berlakunya syirik yang nyata, syirik yang tersembunyi dan syirik yang tersembunyi lagi tersembunyi. Tumpukan sebulat-bulat tumpuan kepada sifat ketuhanan yang bukan yang dirasakan sebagai sifat diri sendiri dan kepada sifat ketuhanan yang bukan yang disangka sebagai sifat ketuhanan Allah. Sebut Allah, Allah, Allah secara tertib dan perlahan, dengan lisan lidah tanpa putus Setiap sebutan Allah yang disebut itu hendaklah ditujukan kepada sebulat-bulat tumpuan kepada sifat ketuhanan yang bukan yang dirasakan sebagai sifat diri sendiri dan kepada sifat ketuhanan yang bukan yang disangka sebagai sifat ketuhanan Allah. Ditempat pertemuan diantara menyebut nama Allah dengan tumpuan dengan sebulat-bulat tumpuan kepada sifat ketuhanan yang bukan yang dirasakan sebagai sifat diri sendiri dan kepada sifat ketuhanan yang bukan yang disangka sebagai sifat ketuhanan Allah. Sehingga sebutan Allah yang disebut dengan tumpuan dengan sebulat-bulat tumpuan kepada sifat ketuhanan yang bukan yang dirasakan sebagai sifat diri sendiri dan kepada sifat ketuhanan yang bukan yang disangka sebagai sifat ketuhanan Allah berlaku didalam satu masa yang sama dan menyatu menjadi satu. Disinilah tempat berlakunya penyaksian dan pengakuan kepada sifat ketuhanan Allah dimana tumpuan dengan sebulat-bulat tumpuan kepada sifat ketuhanan yang bukan yang dirasakan sebagai sifat diri sendiri dan kepada sifat ketuhanan yang bukan yang disangka sebagai sifat ketuhanan Allah akan menjadi “PENYAKSIAN” Dan menyebut nama Allah akan menjadi sebagai “PENGAKUAN” bahawa sifat ketuhanan yang bukan yang dirasakan sebagai sifat diri sendiri dan sifat ketuhanan yang bukan yang disangka sebagai sifat ketuhanan Allah ialah sifat ketuhanan Allah. “PENYAKSIAN DAN PENGAKUAN KEPADA SIFAT KETUHANAN ALLAH” hanya berlaku ditempat pertemuan diantara menyebut nama Allah dengan tumpuan dengan sebulat-bulat tumpuan kepada sifat ketuhanan yang bukan yang dirasakan sebagai sifat diri sendiri dan sifat ketuhanan yang bukan yang disangka sebagai sifat ketuhanan Allah yang telah berlaku didalam satu masa yang sama sehingga menyatu menjadi satu. Sebelum berlaku pertemuan diantara menyebut Allah dengan tumpuan dengan sebulat-bulat tumpuan kepada sifat ketuhanan yang bukan yang dirasakan sebagai sifat diri sendiri dan kepada sifat ketuhanan yang bukan yang disangka sebagai sifat ketuhanan Allah sehingga menjadi satu tidak akan berlaku “PENYAKSIAN DAN PENGAKUAN” kepada sifat ketuhanan Allah. PENYAKSIAN DAN PENGAKUAN KEPADA SIFAT KETUHANAN ALLAH AKAN BERLAKU SEPERTIMANA IKTIBAR PENGAJARAN DARI PERISTIWA NABI MUSA MEMOHON UNTUK MELIHAT ALLAH 7.Surah Al-‘Arāf ayat 143
Dan ketika Nabi Musa datang pada waktu yang Kami telah tentukan itu, dan Tuhannya berkata-kata dengannya, maka Nabi Musa (merayu dengan) berkata: “Wahai Tuhanku! Perlihatkanlah kepadaku supaya aku dapat melihatMu”. Allah berfirman: “Engkau tidak sekali-kali akan sanggup melihatKu, tetapi pandanglah ke gunung itu, maka kalau ia tetap berada di tempatnya, nescaya engkau akan dapat melihatKu”, Setelah Tuhannya “Tajalli” kepada gunung itu, (maka) “TajalliNya” menjadikan gunung itu hancur lebur dan Nabi Musa pun jatuh pengsan.
Setelah ia sedar semula, berkatalah ia: “Maha Suci Engkau, aku bertaubat kepadaMu, dan akulah orang yang awal pertama beriman.
Perkara yang sama telah berlaku kepada saidina Ali sepertimana telah diperjelaskan didalam sebuah hadis
hadis Riwayat Thabrani dan Baihaqi
Dari ’Ali karamallahu wajhah: Aku katakan: Ya Rasulullah, manakah jalan thariqat yang sedekat-dekatnya kepada Allah dan semudah-mudahnya atas hamba Allah dan semulia-mulianya di sisi Allah?
Maka Sabda Rasulullah SAW.: Ya Ali, penting atas kamu berkekalan/senantiasa berzikir kepada Allah.
Berkatalah Ali: Tiap orang berdizikir pada Allah.
Maka Rasulullah SAW. bersabda: Ya Ali, tidak ada terjadi kiamat sehingga tiada lagi tinggal di atas permukaan bumi ini, orang yang mengucapkan Allah, Allah.
Maka sahut Ali kepada Rasulullah SAW: Bagaimana caranya aku berzikir ya Rasulullah?
Maka Sabda Rasulullah SAW: Pejamkan kedua matamu dan dengarkanlah dari saya ucapan tiga kali. Kemudian ucapkanlah seperti itu dan aku akan dengarkan. Maka sejenak Rasulullah SAW mengucapkan Laa ilaaha illallah, tiga kali sedang kedua matanya tertutup.
Kemudian Ali pun mengucapkan kalimat laa ilaaha illallaah seperti demikian.
Ajaran tersebut kemudian Sayyidina Ali ajarkan pula kepada Hasan Basri dan dari Hasan Basri diajarkan kepada al-Habib al-Ajamy, dari al-Habib diajarkan kepada Daud Atha’iy, dari Daud diajarkan kepada al-Makruf Al Karakhi dan dari al-Makruf ke pada As Sari, dan kemudian dari As Sari kepada al-Junaid.
Ketika Nabi Muhammad SAW menunjukkan jalan dan cara untuk menetapkan iktiqad tauhid atau jalan untuk mengenal Tuhanmu kepada Saidina Ali, baginda bersabda :
Hai Ali, pejamkan kedua matamu dan engkau dengar daripada aku tiga kali aku berkata “Laa ilaaha illallah” tiga kali, dan aku mendengar bacaan engkau. Maka berkata Nabi tiga kali mengucapkan kalimat “Laa ilaaha illallah” (TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH) dengan memejamkan kedua mata, Nabi mengangkat suaranya, Ali mendengarnya. Kemudian Ali mengatakan “Laa ilaaha illallah” (TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH) tiga kali seperti yang dikatakan Nabi itu, dan Ali pun memejamkan kedua matanya dan mengangkatkan suaranya, sedangkan Nabi mendengar bacaan Ali pada saat Ali ibn Abi Thalib mengalami fana fillah. Kemudian Setelah Ali sadar, maka Nabi bertanya kepada Ali mengenai perjumpaannya dengan Allah, maka Ali berkata :Roaitu robbi bi’aini qolbi, faqultu laa sakka anta anta Allah.
“Kulihat Tuhanku dengan mata hatiku dan akupun berkata: tidak aku ragu engkau, engkaulah Allah”.Setelah Ali menceritakan perjumpaannya dengan Allah, maka kemudian Nabi membawa Ali di hadapan para umat dan berkata :Ana madinatul ‘ilmi wa Ali baabuhaa.
“Aku adalah gudangnya ilmu dan Ali adalah pintunya”.
Kesimpulannya untuk dipimpin oleh Allah ke “JALAN YANG LURUS” untuk menjadi seorang “YANG DIBERSIHKAN DARIPADA SEBARANG SYIRIK” iaitu seorang yang melakukan amal soleh yang tidak disertakan dengan sebarang syirik didalam ibadat kepada tuhannya iaitu (Allah) yang merupakan orang yang percaya dan berharap alan pertemuan dengan tuhannya iaitu Allah setiap seorang perlu tahu, bolej menghurai dan menerangkan apakah yang dimaksudkan dengan perintah Allah
“BUNUHLAH DIRI KAMU SENDIRI, ATAU KELUARLAH DARI TEMPAT KEDIAMAN KAMU”
(Surah An-Nisā’ ayat 66)
yang perlu dilakukan perintah Allah yang tersebut mengikut sepertimana yang dikehendaki oleh Allah….